Berita Semasa

Lampiran C SBPA Lambat & Tangga Gaji Tidak Didedahkan Untuk Elak Manipulasi Harga Barang


lampiran c sbpa 2 Lampiran C SBPA Lambat & Tangga Gaji Tidak Didedahkan Untuk Elak Manipulasi Harga Barang?

Ketika pekeliling SBPA 2012 dipaparkan kepada semua 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia melalui laman web JPA, ramai yang kurang senang tatkala lampiran C SBPA tidak disertakan sekali sedangkan lampiran C SBPA yang sangat mustahak dan penting untuk diperhatikan dan diteliti.
Ramai yang tertanya-tanya, mengapa perlu mengambil jalan yang sukar sedangkan ia boleh menjadi lebih mudah. Mudah kepada kalangan :
  • pembuat dasar & skim SBPA 2012 mahupun
  • pengguna sistem skim SBPA 2012 (terbuka kepada 1.4 juta kakitangan awam)
Tetapi lain pula jadinya sekarang ini sehingga menyebabkan ramai kakitangan awam tertanya-tanya dan pembuat dasar terpaksa mengambil jalan sukar untuk memberikan pemahaman dan penjelasan kepada semua kakitangan awam.
lampiran c sbpa Lampiran C SBPA Lambat & Tangga Gaji Tidak Didedahkan Untuk Elak Manipulasi Harga Barang?

Tahukah anda terdapat insiden seorang pegawai daripada sebuah pasaraya telah meminta jadual gaji 2012 SBPA daripada kalangan kakitangan awam. Nah…inilah realiti yang berlaku sekarang ini. Adakah “menyorokkan lampiran C” dengan tujuan untuk mengelakkan peniaga-peniaga mengetahui tahap kenaikan gaji kakitangan awan adalah sesuatu yang baik? Kalau tanya kami, kami tidak bersetuju jika beginilah caranya.
Click and answer a simple survey, win a 46” LED Screen TV now!!!
Apabila disebut manipulasi & kenaikan harga barang, tidak perlu tunggu lama sehingga keluarnya pekeliling SBPA 2012. Ini kerana sebaik sahaja selesai pembentangan Bajet 2012 yang lepas melibatkan terus sahaja kedengaran beberapa harga barang mula melambung tinggi dengan ramai peniaga ada yang mengambil kesempatan.
Sedangkan pada masa itu, tempias kenaikan gaji belum lagi diterima kakitangan awam tetapi harga barang dah mula naik. Bagi kami kurang sesuai untuk tidak menghebahkan lampiran C SBPA 2012 bagi mengelakkan harga barang dimanipulasi. Tetapi kita perlu ingat sekarang ini :
  • dunia tanpa sempadan
  • “bangkai gajah” tidak boleh ditutup lama, lambat-laun akan diketahui juga akhirnya
Bagi kami kalau sesuatu dasar hendak diperkenalkan hendaklah diterangkan dengan sejelas-jelasnya dan berikan ruang yang selesa supaya semua kakitangan awam dapat membuat keputusan yang terbaik bagi kakitangan awam yang memilih skim SBPA atau kekal dengan skim SSM.
harga barang naik Lampiran C SBPA Lambat & Tangga Gaji Tidak Didedahkan Untuk Elak Manipulasi Harga Barang?Dan…kenaikan harga barang di Malaysia boleh dikawal jika penguatkuasaan dipertingkatkan sepanjang masa dan bukannya bermusim sahaja serta  pula ada kawalan harga barang asas yang munasabah. Sifirnya mudah, jikalau puncanya itu dinaikkan, kita tidak boleh sama sekali akan berlaku kenaikan harga barang apatah lagi manipulasi dikalangan peniaga. Bukannya dengan cara melambatkan penghebahan lampiran C SBPA 2012 ataupun menyekat akses meklumat tangga gaji kepada umum. Bagi kami itu bukan langkah yang baik. Itu pandangan kami.

P/S : Adakah benar kenaikan harga barang dapat dibendung selepas ini? Apa pandangan anda pula tindakan sebegini?