Monday 12 December 2011

Mari Belajar Simpulan Bahasa Melayu


Hari ini saya nak share dengan anda semua video-video berkaitan simpulan bahasa melayu. Simpulan bahasa ini ialah 'kiasan' atau bentuk peribahasa yang paling mudah, biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. zaman sekarang ni, simpulan bahasa sudah semakin dilupakan kerana wujudnya bahasa-bahasa urban seperti poyo, kerek, bohsia, rempit dan lain-lain.



mulut murai : mulut murai ialah seseorang yang super cakap banyak dan suka membuat bising.. ada juga yang menyatakan bahawa mulut murai ini ialah seorang yang suka bercerita tidak kiralah rahsia seseorang ataupun cerita penipuan.. tapi sebenarnya mulut murai ini cuma seorang yang super cakap banyak dan tidak lebih dari itu.

video :   mulut murai

mulut tempayan : mulut tempayan barulah simpulan bahasa yang sesuai untuk seseorang yang tidak boleh menyimpan rahsia orang lain.. pendek kata, mulut tempayan ini ibarat makcik-makcik yang suka bergosip di pasar malam.. sekiranya anda sedih kerana rahsia anda diketahui orang, anda bolehlah menulis status di facebook "mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?" agar semua orang tahu masalah anda alami itu.




ikat perut : simpulan bahasa ini masih sering didengari.. terbukti orang malaysia ini penuh dengan budaya dan adat yang tidak dapat dipisahkan.. kebiasaannya apabila ditanya "kenapa tak makan?" mereka akan menjawab "aku diet harini, ikat perut".. itulah maksud ikat perut zaman sekarang.. juga boleh didefinasikan sebagai 'diet'.. kalau orang dulu-dulu, ikat perut sebab nak berjimat atau berpuasa sunat.

video :  ikat perut

lidah bercabang : lidah bercabang pula bermaksud kata-kata seseorang yang tidak boleh dipercayai.. masa tahun 90an dulu, simpulan bahasa ini sering digunakan untuk salesman contohnya "produk yang dijual tidak diiktiraf sirim, jangan percaya kata-kata salesman lidah bercabang itu".. tapi kini penggunaannya lebih meluas contohnya "menteri itu memang lidah bercabang! haritu cakap harga minyak tak akan naik". hehehe


dan akhir sekali adalah video kompilasi simpulan bahasa buaya darat, berhati batu, besar kepala, buah mulut, kepala angin, khabar angin, membabi buta, muka tembok dan otak kering.. ahaha.. anda tidak percaya? video ni menggambarkan semua simpulan bahasa yang disebutkan.. ajaib bukan? sila pastikan anda paham betul-betul semua maksud simpulan bahasa ini sebelum menonton video yang terakhir ini. hehehe


No comments:

Post a Comment